BAGAN SERAI: Pemaju hartanah, MK Land Holdings Berhad (MK Land) melalui anak syarikatnya, Solar Citra Sdn Bhd (SCSB) merancang untuk membangunkan projek ladang tenaga solar di kawasan seluas 54.63 hektar di Kulim, Kedah menjelang akhir tahun hadapan.
Ia susulan kejayaan projek pertama loji solar fotovoltaik (PV) berskala besar 10.95 megawatt (MW) di Lembah Beriah, Kerian dekat sini yang telah mula beroperasi pada 30 Mei lalu dengan kos dianggarkan bernilai RM52 juta.
Pengarah SCSB, Kamarulzaman Abu Bakar berkata pihaknya telah dipilih oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) sebagai salah satu pengeluar tenaga solar di bawah Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) di Kulim pada 8 Ogos lalu.
Katanya bagaimanapun ia masih di peringkat awal dan pihaknya telah diberi tempoh tiga bulan untuk menyiapkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum ke proses seterusnya.
“MK Land telah dipilih oleh ST untuk menjadi salah satu pengeluar tenaga solar di bawah Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP), dengan kapasiti esport yang diperuntukkan hampir 30 MW.
“Projek kerjasama yang menyaksikan pembentukan konsortium di antara MK Land dan Total Energies Renewables SAS ini adalah bertujuan untuk membangunkan loji jana kuasa PV 29.99 MW bagi operasi komersial di Kulim, Kedah menjelang akhir tahun 2025,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Meraikan Kejayaan MK Land Mencapai Pengoperasian Komersial Janakuasa Solar Fotovotaik Berskala Besar 10.95 MW di bawah skim projek Solar Skala Besar 4 (LSS4) di sini, pada Rabu.
Hadir sama, Pegawai Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri; Pengerusi Eksekutif MK Land, Felina Mustapha Kamal; Pengarah Urusan Solarvest Holdings Berhad (Solarvest), Lim Chin Siu serta Pengurus Teknikal GoodWe Malaysia, Muhammad Farhan Zainuddin.
SCSB telah melantik Solarvest sebagai kontraktor utama bagi penyedia penyelesaian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) untuk projek di Lembah Beriah di atas tanah berkeluasan 16 hektar.
SCSB kemudian menganugerahkan kontrak EPCC kepada Atlantic Blue Sdn Bhd, anak syarikat Solarvest dan GoodWe selaku sub kontraktor yang juga pengeluar dan pembekal peranti penyongsang atau inverter bagi solar projek itu pada Julai tahun lalu.
MK Land kemudiannya menandatangani perjanjian pembelian tenaga solar dengan Tenaga Nasional Berhad pada Ogos 2021 untuk tempoh 21 tahun selepas tapak itu ditauliahkan pada 30 Disember 2022.
Dalam pada itu, Kamarulzaman berkata ladang solar yang menempatkan 32,000 keping panel itu mula membekalkan tenaga solar kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Jun lalu dengan sasaran keuntungan kira-kira RM400,000 sebulan.
Pada masa sama, Felina berkata walaupun dengan adanya projek ladang solar berkenaan, MK Land masih meletakkan bidang hartanah sebagai sektor utama syarikat, selain daripada pembangunan resort.
“Sebab kita mewujudkan projek ladang solar ini juga ia melengkapi ekosistem bidang yang MK Land telah ceburi. Dengan adanya projek berkenaan, ia secara tidak langsung akan menambah peluang pekerjaan dan seterusnya memberi manfaat kepada pembangunan hartanah kami,” katanya lagi.
Amirrul Rabbani
Wed Aug 23 2023
Majlis Meraikan Kejayaan MK Land Mencapai Pengoperasian Komersial Janakuasa Solar Fotovotaik Berskala Besar 10.95 MW di bawah skim projek Solar Skala Besar 4 (LSS4) di sini, pada Rabu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
SPRM akan pastikan rumah mampu milik Perak hanya untuk yang paling layak
Kawasan 226 ekar di Simpang Pulai akan dibangunkan sebagai pembangunan rumah mampu milik serta pembangunan bercampur yang berjumlah lebih kurang 2,200 unit.